icon-search
icon-search
  • 56DGNuG

2kg MINYAK MASAK ALIF / 2KG ALIF BRAND COOKING OIL

RM 13.50
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Minyak masak ALIF antara jenama pilihan minyak masak buatan Malaysia berkualiti tinggi dan terkemuka di pasaran tempatan.

Minyak masak ALIF dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji terlebih dahulu supaya menepati piawaian kualiti, sebelum disuling bagi menghasilkan minyak masak.

Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik.

Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali, sehingga tiga kali gorengan.

Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ALIF diurus serta dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tertinggi iaitu bermula daripada penuaian kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan dan pembotolan produk di kilang.

Minyak masak ALIF juga diperakui serta disahkan mampan oleh ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) dan mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadilah pengguna yang arif dengan memilih ALIF!

Powered by Froala Editor

Your cart is currently empty.
Continue shopping